Tungku Baby Diy
Alhamdulilah tgh zaman moden ni dh makin banyak tungku baby yang dijuai. Nk cari ja. Tp dalam tungku tu xtau la apa ke rempah sup bunjut depa dh bubuh.
Hakak memang dari anak no 1 lagi pakai tungku baby homemade. Mak mertua & kak ipaq buatkan. Rezeki. 😘 untung depa tau. Hakak xreti lgsn.
Anak kedua hakak recycle balik tungku anak no 1. Tukaq rempah2 ratus dia ja.
Anak ketiga ni hakak nak try d.i.y tungku baby sendiri. Jenuh hakak mengoogle, ada mcm2 cara n mcm2 rempah org guna. Setiap rempah ratus tu ada kebaikan sendiri.
Kalini hakak compile kan cara n barang2 nk buat tungku baby homemade. Tapi quantity semua agak2 naa. Xyah banyak2 sgt, sbb nk bunjut cinonet ja. Elok buat 2 set, 1 letak kat rumah 1 utk travel. Ikut suka lah nk buat banyak mana pn.
Ni resepi dia...
D.I.Y Tungku Bayi
Bahan :
Lada hitam
Jintan Manis
Jintan Putih
Jintan Hitam
Halia Bara Kering
Halba
Biji Sawi
Kain (utk bunjut)
Tali (utk ikat kain bunjut)
Cara:
Sangai semua bahan rempah atas kuali. Bungkus & ikat macam sup bunjut.
Cara Pakai:
Panaskan tapak bunjut guna lilin/seterika. Seeloknya tuam baby selepas mandi.
Tungku ni elok utk panaskan badan baby, buang angin, elakkan angin pasang especially utk baby lelaki (kena tuam kat teloq baby), n lancarkan perjalanan darah.
Barang2 kat atas tu rujukan ja. Xsemua wajib buh, kalau mana yg ada pn jadila. Ada yang pakai lada hitam semata2 buat tungku baby pn ada.
Lagi 1, pesanan dari penaja, dulu masa ank 1st n anak ke2, mil & sil hakak suh buh tali pusat anak2 yg dh kering tu dlm bunjut tungku tu. Kekonon nak bagi hubungan silaturahim adik beradik tu rapat.
Ini semua "KESESATAN" !!!
Sila jgn ikut petua atau pantang larang atau kepercayaan orang dulu2 yg kadang boleh membawa kepada kurafat. Sia2 dosa kering. Nak hubungan anak2 rapat, kita didik dari kecil, sentiasa adakan aktiviti sesama, & semai kasih sayang dr anak kecil smpi dewasa. In shaa allah.
Comments
Post a Comment