Nama Yang Baik untuk Anak-anak umi & walid.

Anak 1 st,
Muhammad Syaraf Bin Muhammad Syaril.

Nama yang dekat dengan nama walid. 1 walid nak nama sama mcm walid, Muhammad. Yang bermaksud Yang terpuji dan juga nama Rasulullah SAW, Nabi Muhammad SAW yang terpuji.

Umi & Walid nak Muhammad mengikut peribadi & menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang mengikut segala sunnah & patuh pada Allah SWT.

Syaraf bermaksud kemuliaan. Umi tukang suggest, tp lastnya walid yang pilih.

1 - sebab simple
2 - walid xmau ada orang pendek2kan nama anak2 walid.
3 - sebab nama nak dekat ngn nama walid, Syaraf - Syaril. 😅😘

Sebaik2 nama Muhammad Syaraf, sebegitulah doa dan impian umi dan walid. Semoga Muhammad Syaraf menjadi umat Rasulullah SAW yang terpuji dan dimuliakan selalu. In shaa allah. 😘

Ank 2nd,
Syafa Afia Binti Muhammad Syaril.

Nama yang mencerminkan diri anak dara walid & umi ni semasa lahir. Mula2 umi ingat maksud Syafa ni macam base word dari "Syafakallah/Syafakillah" yg bermaksud semoga allah swt memberikan kesembuhan kepada kamu. Dalam bahasa parsi (persian) , شفا - syafa bermaksud penyembuhan, tapi mengikut dokter google syafa ni sama mcm syifa yg bermaksud penawar. Nama syafa ni popular kat Indonesia yang guna maksud islami - memberi syafaat. Umi xpandai sangat, tapi sebab nama syafa membawa maksud yang baik, unik dan lain dari yang lain, umi pilih nama ni.

Gabung pulak nama Afia. Yang bermaksud tenaga/kekuatan. Dari segi takfsiran org Indonesia plak Afia bermaksud jauh dari masalah. Memang kena maksud nama ni dengan ujian yang Allah SWT bagi kat anak umi masa lahir ritu.

Syafa was born with unilateral cleft lip and palate. 😊 jadinya Syafa Afia memang lah anak yang didoakan untuk menjadi penyembuh/penawar dan memberi syafaat kat umi & walid dan dlm masa yang sama menjadi punca tenaga dan kekuatan dan sentiasa didoakan jauh dari masalah.

A perfect name for a perfect daughter. In shaa allah.

Anak 3rd,
Luth Syafi Bin Muhammad Syaril.

Rezeki yang tak dijangka. 😘 Masa umi mengandung anak no 3 ni tengah kegemilangan zaman LGBT. 😢 sedih sgt rasanya. Umi bukanlah islamik dan ilmu agama umi amatlah cetek, tapi umi tau dosa pahala, halal haram dlm agama Islam yang suci ni.

Mmg dari awal umi mengandung umi dh simpan cita2, kalau keluaq anak laki, umi nak buh nama Luth. Sempena nama Nabi Allah SWT, Nabi Luth AS. Salah seorg rasul ulul azmi yang pada zamannya diberi tugas untuk memperjuangan agama Allah SWT untuk memimpin kaum Sadum yang sesat dan mengamalkan hidup songsang (LGBT). Umi nak anak umi menjadi contoh dan mengikut keperibadian Nabi Luth AS. 😊 In Shaa Allah.

Syafi pulak walid yang pilih. Awal2 walid dh chupp nama Syafi. Bila umi cari maksud nama, rupa2nya penyembuh. Sama maksud mcm kakak Syafa.

Bila digabung nama Luth Syafi, maksudnya jadi seperti doa yang umi nak untuk anak umi. Luth si penyembuh. Semoga Luth Syafi menjadi anak yang mampu menjadi penyembuh kepada penyakit yang menjadi agungan manusia sesat zaman sekarang ni. Aminnnn ya rabbal alaminn.

Comments

Popular posts from this blog

Set Bersalin Afiat

Tungku Baby Diy