Checklist Beg Hospital

Assalamua'laikum wbt..

Ni perkongsian ilmu 1st hakak. Hakak tengah preggy anak ke 3, in shaa allah due bln 10 ni.

Jadinya bila dh memboyot ni macam2 peel dok mai. Lani tgh insomnia. 😅

Hakak tgh 35 weeks 4 days pregnant. Dh nk dekat due sgt dh ni. So ini kali lah, hakak nak share ilmu pasal persediaan nak sambut orang baru dalam family hakak yg x berapa nk besaq ni.

Sebab dh masuk anak ke 3 ni, ke'eksaited'an dah x sama macam anak 1st ritu. Almaklumlah, dh 3x jadi rutin, so xdak beria sgt.

Preparation hakak dh 80% siap, in shaa allah. Tinggal barang2 keperluan yang betul2 last minit ja yg nak kena beli.

Meh hakak kongsi checklist hakak untuk barang keperluan menyambut orang baru dalam family.

Entry kalini kita fokus kat barang keperluan utk menyambut baby kat hospital dulu k.

1. Beg hospital

1.1 Barang Ibu

1.1.1 - set baju (baju/bra/panty/kain batik/tudung)
1.1.2 - menstrual pad
1.1.3 - phone/charger/earfon
1.1.4 - set mandian
1.1.5 - tuala mandi/tuala muka
1.1.6 - selipar
1.1.7 - sweater
1.1.8 - stoking
1.1.9 - minyak panas & bengkung
1.1.10 - getah rambut

1.2 Barang Baby

1.2.1 - pampers newborn
1.2.2 - baby wipes
1.2.3 - set baju newborn (seeloknya lengan panjang & seluar panjang)
1.2.4 - mittens & booties
1.2.5 - selimut / kain bedung baby
1.2.6 - barut baby
1.2.7 - tuala mandi
1.2.8 - kain napkin (utk lap2 muntah baby/air liur)
1.2.9 - minyak telon
1.2.10 - tungku baby
1.2.11 - set mandi baby
1.2.12 - botol susu & berus pencuci botol

1.3 Barang Miscellaneous

1.3.1 - Stok makanan
1.3.2 - Horlicks 3 in 1
1.3.3 - Thermos
1.3.4 - Buku/Al quran
1.3.5 - pen
1.3.6 - cawan/pinggan/sudu garfu
1.3.7 - set baju salin suami

1.4 Dokumen Penting

1.4.1 - ic
1.4.2 - buku merah/appointment checkup mengandung
1.4.3 - guarantee letter


Okey. Ni semua barang ikut keperluan hakak. Alhamdulilah. Lain org lain keperluan dia.

Checklist ni moga boleh jadi bantuan utk bakal2 ibu yg nk terima org baru dlm family mcm hakak ni.

Pesanan penaja : hakak selalu spare set baju bagi lebih sikit, sebab in case of emergency. Bkn kita mintak, tp based on pengalaman hakak sendiri, anak 1st kena tahan nicu dalam 2 minggu, anak 2nd lahir cleft lip & palate, duk kat hospital dalam 4 hari, kalau rumah dekat dgn hospital boleh la suh suami ulang alik hari2 amik barang, tp kalau jauh x ke jenuh. Biar banyak barang boleh simpan dlm bonet kereta, dr barang xcukup pastu jenuh berulang smbil mengagau.

Jumpa lagi next entry.

Wassalamua'laikum wbt...🌺


Comments

Popular posts from this blog

Nama Yang Baik untuk Anak-anak umi & walid.

Set Bersalin Afiat

Tungku Baby Diy