Breastfeeding Journey

Assalamua'laikum wbt...

Alhamdulilah.. kebelakangan ni banyak hakak baca posting kat fb yg tanya pasal breastfeeeding (bf) tips.

Macamana nak bagi susu banyak / tambahkan susu badan.

Kita kena rajin usaha cari sumber ilmu sebenarnya. Dah cari jangan dok peram buat pekasam pulak. Amal smpi jadi.

Alhamdulilah hakak dpt bf ank2 hakak setakat kemampuan hakak.

Ank 1st ngam2 2 tahun.
Ank 2nd dpt fully bf 1.5 tahun. (Xdpt nk full 2 tahun sbb hakak xlarat bdn berisi no 3 😂😂😂)

tp still, Alhamdulilah hakak dh cuba habis baik mengikut kemampuan hakak utk bg susu badan kat anak2.

Tips hakak nak share kali ni psl breastfeeding. Hakak bukanlah pakar laktasi xpun doktor yg berpengalaman berpuluh2 tahun psl teknik penyusuan ka hapa ka, tp hakak nk share pengalaman hakak n usaha nk menyusukan anak2 dengan susu bdn hakak sendiri semampu (ada ka perkataan ni dlm kamus tah? 😅 ) yang boleh.

1. Lps ja deliver baby, kita expect susu terus mencurah2 ke ladang gandum. Teeettt salah. Susu keluaq ikot keperluan baby. 1st day tu ada la ciput ja susu keluaq. Sabaq sattt. Lama2 susu tu meningkat amount dia. Ikut keperluan baby. Kena cari n pahamkan konsep susu badan ikut pada demand baby.

2. Mengurut. Truth. Ada teknik urutan yang boleh melancarkan perjalanan susu kita. Masa pantang tu, kan ke kita berurut, mintak bidan urut bg susu banyak sekali. In shaa allah, kalau tukang urut tu pandai mmg lancar susu kita.

3. Pemakanan. Start jaga pemakanan lepas dh bersalin. Hakak mmg lps bersalin hari2 mkn sup lobak putih. Gila x muak 😂 melantak sebulan lebih lobak putih ja. Kadang2 tukaq gak menu. Banyak barang makanan yg boleh merangsang penghasilan susu utk badan kita. Nanti hakak buat post asing utk makanan tambah susu ni k.

4. Minum banyak air masak/mineral/putih (whatever u call it). Kalau ikot saintifik setiap 15kg berat badan kita kena consume 1 liter air. Mcm hakak, zaman menyusu ni cepat dahaga, memang sehari dlm 3 liter ++ air hakak minum. Lantak la kencing 10 20 30 kali pun. Janji air dlm badan cukup. (Tp berat hakak xdak la kena minum 3 liter air tu 😝) saja minum lebih sebab menyusu bdn ni bdn kita jd cepat dahaga.

5. Power pumping. Rajin & paksa diri utk rajin. Masa berpantang, hakak buat tiap2 hari, tiap2 kali menyusu sampai susu tu dh smpi tahap yang hakak puas hati kuantiti banyak dia. Alhamdulilah berkat usaha, doa, tawakal n rezeki dr allah swt, hakak pernah pam 1 sesi dpt dlm 3 ke 4 botol susu penuh 6 oz. Dlm 18 ke 20 oz sekali pam. X ke penuh peti ais. Smpi hakak bagi anak2 buah hakak la susu bdn. Memang confirm dh depa tu anak susuan hakak. Kenyang 50 kali pa. 😂

6. Supplement. Hakak sejenis yg x berapa mampu nak beli supplement yg ada kat pasaran sekarang yg rega ratus2. 😅 sejenis kedekut tp hakak try supplement semulajadi mcm makanan milkbooster tu lah. Supplement ni hakak suggest kot2 ada mommies yg nak. Ada bnyk dh skg ni yg boleh dipercayai. Tp 1st buat kajian dulu. 👌

7. Mindset. Nk menyusu bdn set awal2 dlm otak, doa pada allah swt " ya allah ya tuhanku, murahkanlah rezeki ku dan anak2 ku, supaya mereka dapat menikmati susu badan ku sepenuhnya sehingga cukup umur mereka 2 tahun. Sesungguhnya aku bergantung harap pada rezekimu & memohon pertolongan darimu untuk membantuku memeberikan susu yang terbaik buat anak2ku. Aminnnn". Dh doa, otak kita pn kena set sama. Sentiasa positif. Jgn pk negatif lgsn. Jgn stress.

Hakak pon pernah mengalami stok susu badan down. Stress. Tp start balik dr mula, jg pemakanan, buat power pumping,   think positif, berdoa & usaha amik supplement tambahan nk bg susu banyak. Alhamdulilah ada balik.

Nak menyusu ni perlukan banyak kesabaran, usaha, doa & tawakal. Kadang allah swt nk uji setakat mana kita nak usaha, setakat mana kemampuan kita dan keredhoan kita. Jgn kecewa kalau allah swt x bg rezeki susu badan walau kita dh usaha mcm2 sehabis daya kita, tp kalau usaha kita pn hangat2 taik ayam candu pastu salahkan takdir allah swt sebab x bagi susu badan kat anak2 kita, yg tu elok lah hakak xley nak kata apa. Tu bahagian hampa lah.

Semoga tips hakak ni menjadi bantuan untuk hampa yg tamakkan pahala dari allah swt.

In shaa allah. Kita usaha, allah swt yg tentukan segalanya.

Wassalamua'laikum wbt...🌺

Comments

Popular posts from this blog

Nama Yang Baik untuk Anak-anak umi & walid.

Set Bersalin Afiat

Tungku Baby Diy